MAJLIS PELANCARAN OPS SIKAP YANG KE 17









PADA 24 SEPTEMBER 2008 TEPAT PADA PUKUL 10:00 PAGI BERTEMPAT DI DATARAN PAHLAWAN SUNGAI PETANI.
MAJLIS PELANCARAN OPS SIKAP XVII(YANG KE 17) TELAH DISEMPURNAKAN OLEH DATO' SYED ISMAIL BIN DATO' HJ. SYED AZIZAN; DCP SELAKU KETUA POLIS KEDAH.

BAKA JUGA TERLIBAT SECARA LANGSUNG BAGI MENJAYAKAN MAJLIS PELANCARAN INI DENGAN MENJEMPUT USTAZ HAFIZ SELAKU KETUA AGAMA BAKA KEDAH BAGI MENYAMPAIKAN DOA SELAMAT.












YA ALLAH YA RAHMAN PADA PAGI YANG PENUH KEBERKATAN INI KAMI BERKUMPUL UNTUK MENADAH TANGAN YANG PENUH KEHINAAN INI MEMOHON AGAR ENGKAU AMPUNKAN LAH SEGALA DOSA –DOSA KAMI DAN BIMBINGLAH KAMI KE JALAN YANG ENGKAU REDHAI SERTA JAUHKANLAH KAMI DARI MELAKUKAN PERBUATAN YANG ENGKAU MURKAI.

YA ALLAH YA RAHIM KAMI JUAGA MEMOHON KEPADA MU AGAR BERKATILAH MAJLIS KAMI PADA PAGI YANG MULIA INI.SATUKANLAH HATI – HATI KAMI KEARAH KEBAIKAN DAN KETAATAN KEPADA MU DEMI MENJAGA KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN HIDUP DAN NEGARA YANG KAMI CINTAI.

YA AZIZ YA HAFIZ PELIHARALAH KESELAMATAN KAMI DAN PARA PENGGUNA JALAN RAYA INI KHUSUSNYA SEPANJANG TEMPOH MENYAMBUT PERAYAAN YANG BAKAL MENJELANG TIDAK LAMA LAGI.JADIKANLAH PENGGUNA JALAN RAYA INI SEBAGAI PENGGUNA YANG BERETIKA DAN BERINTEGRITI SEMASA BERADA DI JALAN RAYA




YA ALLAH YANG MAHA AGUNG BUKAKANLAH PINTU HATI SETIAP PENGGUNA JALAN RAYA INI AGAR MENGHARGAI DAN MENSYUKURI NIKMAT KEHIDUPAN YANG ENGKAU KURNIAKAN SETERUSNYA SENTIASA BERUSAHA UNTUK MEMELIHARA KESELAMATAN DIRI KELUARGA DAN PENGGUNA – PENGGUNA YANG LAIN BAGI MENGELAKKAN BERLAKUNYA PERKARA YANG TIDAK DIINGINI