Aktiviti BAKA sepanjang Bulan Ramadhan 2008

1.KELAS TAHSIN
BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING (BAKA) IPK KEDAH TELAH MENGADAKAN KELAS TAHSIN AL-QURAN BERTEMPAT DI MASJID JAMEK NUR-FADZILAT DI SEPANJANG BULAN RAMADHAN BERMULA JAM 12.30 TGH SEHINGGA JAM 01.15 PTG.

DISAMPING MEMPERBAIKI BACAAN, PROGRAM INI JUGA DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN DIANTARA ANGGOTA DAN KAKITANGAN AWAM SERTA SEBAHAGIAN PENDUDUK SEKITAR MASJID TERSEBUT YANG TURUN HADIR UNTUK SOLAT BERJEMAAH.

2.KELAS TAJWID & FASOHAH
ATAS KEPERIHATINAN KETUA BAHAGIAN BAKA KEDAH IAITU TUAN HAMZAN;SUPT,
BELIAU TELAH MENGARAHKAN SUPAYA DIADAKAN KELAS TAJWID DAN FASOHAH BAGI PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM YANG BARU MELAPORKAN DIRI DI IPK KEDAH. TENAGA PENGAJAR KELAS TERSEBUT ADALAH SARJAN HAJI MAAROF DARI IPK ALOR STAR.

BELIAU MERUPAKAN ANAK MURID USTAZ ISMAIL HASHIM IAITU BEKAS JOHAN TILAWAH AL-QURAN YANG AMAT TERSOHOR DIKEDAH.
DIDALAM KELAS TERSEBUT BELIAU BANYAK MENEKANKAN TENTANG CARA SEBUTAN HURUF YANG BETUL SERTA MENGEMUKAKAN TEKNIK BACAAN 3 ALIF YANG TERBUKTI AMAT BERKESAN BAGI MEREKA YANG INGIN BELAJAR MEMBACA AL-QURAN.

KELAS TERSEBUT TELAH BELANSUNG SELAMA 3 HARI BERTURUT-TURUT IAITU PADA 21-23 SEPTEMBER 2008 BERTEMPAT DI MASJID JAMEK NUR-FADZILAT IPK KEDAH.











3.TAZKIRAH


Aktiviti tazkirah atau ceramah agama rigkas turut diadakan sepanjang bulan ramadhan,ianya melibatkan semua staf Baka kedah.Tujuan tazkirah diadakan adalah untuk meningkatkan keimanan serta ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

Selain dapat menghayati Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini ianya juga dapat meningkatkan lagi keyakinan untuk bercakap di khalayak ramai (public speaking) serta memperkembangkan lagi ilmu pengetahuan yang dikongsi bersama.

4.AMIL ZAKAT

PEJABAT ZAKAT NEGERI KEDAH SEKALI LAGI TELAH MEMBERIKAN KEPERCAYAAN KEPADA BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING (BAKA) KEDAH UNTUK MENJADI AMIL SERTA MENGURUSKAN PENGUTIPAN ZAKAT BAGI SETIAP BALAI DI NEGERI KEDAH

MEREKA JUGA DIBERI KEPERCAYAAN UNTUK MELATIK AMIL BAGI SETIAP IPD SELURUH KEDAH. BERIKUT ADALAH 4 ORANG AMIL IPK KEDAH;

1.USTAZ SABRI BIN ABDUL RAHMAN
2.USTAZ AHMAD BIN YUSUF
3.USTAZ ABDUL LATIF BIN AHMAD
4.USTAZ SHAHRIN BIN SEBUDIN




USTAZ AHMAD KELIHATAN CERIA KETIKA MENERIMA BAYARAN ZAKAT DARIPADA SALAH SEORANG ANGGOTA




5.ZIARAH ANGGOTA
PADA 28.09.2008 STAF BAKA KEDAH TELAH MENGADAKAN ZIARAH KERUMAH SEORANG ANGGOTA BAKA IAITU AHMAD TANTAWI YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA KETIKA PULANG UNTUK BERHARI RAYA DI KAMPUNG.

BELIAU MEMULAKAN PERJALANANYA DARI IPD CAMERON HIGHLAND KE ALOR STAR TAPI APAKANDAYA SUDAH TAKDIR ILAHI BERLAKUNYA EXCIDENT DI BEDONG SG PETANI. BELIAU MENGALAMI KECEDERAAN DIBAHAGIAN TANGAN DAN KAKINYA. KAMI MENDOAKAN AGAR BELIAU CEPAT SEMBUH.AMIN...YA RABBAL A'LAMIN.




Tantawi sedang menceritakan pengalaman ngeri yang dilaluinya ketika kemalangan berlaku


Tangan yang bakal digunakan untuk mencicah ketupat rendang kelihatan sedikit membengkak




Antara kesan-kesan kemalangan





Ustaz Hafiz kelihatan sedang menceriakan Tantawi dengan menceritakan pengalaman beliau ketika menunggang motosikal suatu masa dulu



6.BERBUKA PUASA BERSAMA KETUA BAKA KEDAH

Pada 30 Sept 2008 bersamaan 30 Ramadhan staf Baka kedah telah menganjurkan majlis berbuka puasa dan beramah mesra bersama dengan Ketua Bahagian Agama BAKA Kedah (Ustaz Hafiz) bertempat di Perkarangan Stadium Darul Aman.

Aktiviti berjalan dengan lancar dan meriah walaupun hanya dihadiri oleh 5 orang anggota kerana masing-masing sibuk menyediakan persiapan terakhir menjelang syahwal pada keesokkan harinyaa. ESOK RAYAAA...


7.Majlis Berbuka Puasa Bersama Dato' KP Kedah

PADA 23.09.2007 IPK KEDAH TELAH MENGANJURKAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KETUA POLIS KEDAH IAITU DATO'SYED ISMAIL BIN DATO' HJ. SYED AZIZAN;DCP. SERTA PEGAWAI, ANGGOTA DAN AHLI KHAIRIAH MASJID IPK(MASJID NURFADZILAT JALAN STADIUM).

MAJLIS TERSEBUT TELAH DISERIKAN LAGI DENGAN SOLAT TARAWEH YANG DIIMAMKAN OLEH USTAZ DARIPADA BAKA IPK KEDAH, IAITU USTAZ SHAHRIN AL-HAFIZ.