Pingat Jasa Perkasa Persekutuan
Penerima PTU, JPP diberi imbuhan RM1,000 sebulan
TELUK KEMANG 30 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian imbuhan kepada penerima Pingat Tentera Udara (PTU) dan Pingat Jasa Perkasa Persekutuan (JPP) sebanyak RM1,000 sebulan sempena Hari Pahlawan, esok.
Beliau berkata, pemberian itu adalah tanda penghargaan kerajaan terhadap jasa yang dicurahkan para penerima dua pingat tersebut.
''Bagi penerima PTU dan JPP yang telah meninggal dunia pula, keluarga masing-masing akan menerima imbuhan sebanyak RM10,000," katanya ketika berucap pada majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana Angkatan Tentera Malaysia (ATM)-Polis Diraja Malaysia (PDRM) siri1/2011 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini, hari ini.
Sebelum ini, hanya dua penerima pingat sahaja yang menerima imbuhan iaitu penerima Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) serta Pingat Gagah Berani (PGB), masing-masing menerima RM2,000 dan RM1,500 sebulan.
Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui pemberita berkata, kelulusan pemberian imbuhan itu untuk penerima PTU dan JPP telah diputuskan oleh Kabinet dua minggu lepas.
Utusan Malaysia 30 Julai 2011

Jasa Perkasa Persekutuan dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa di medan pertempuran. Seseorang dibolehkan menerima beberapa kali seandainya ia mengulangi kegagahan dan keberaniannya. Boleh dikurniakan kepada mereka yang sudah meninggal dunia.
Lambang kehormatan ini berbentuk bintang pecah lima dan diperbuat daripada perak. Di atas bintang tersebut terdapat dua pelepah palas yang bersilang dan di atas silang tersebut terdapat sebuah Mahkota Diraja Malaysia. Bintang pecah lima ini tergantung pada reben yang berjalur-jalur tersebut tersusun mengikut warna merah, putih, biru dan kuning. Jasa Perkasa Persekutuan ini dizahirkan pada 29 Julai dan diwartakan pada 11 Ogos 1960.


Tahniah Kepada Supt. Hamzan Bin Darus (Ketua BAKA IPK Kedah) Kerana menerima Pingat Jasa Perkasa Persekutuan.
- TAQWIM CAWANGAN AGAMA (BAKA) KONTINJEN KEDAH TAHUN 2014
- Aktiviti BAKA IPK Kedah (Jun 2013)
- Perbincangan Soal Selidik Kursus Pemantapan Prestasi 14/11/11
- KURSUS PEMANTAPAN PRESTASI ANGGOTA PDRM 18-20 OKTOBER 2011 DUSUN MINDA RESORT, KUALA NERANG, KEDAH
- Pesanan Saya
- Seminar Pemahaman undang-undang Keluarga Islam (22 Sept 2011/ Khamis)
- Kem Anak Soleh PDRM di Dusun Minda Resort (9&10 September 2010)
- Kuliah Ramadhan 2011 ( 01 Ogos 2011 hingga 25 Ogos 2011)
- Pingat Jasa Perkasa Persekutuan
- Lawatan Tidak Rasmi Dato' DR. Hashim bin Harun ke IPD Baling
- Bicara Mufti
- Majlis Pelantikkan Amil Zakat Fitrah PDRM Kontinjen Kedah 2010/1431H
- KURSUS PEMANTAPAN KERJAYA BAKA PDRM KONTINJEN KEDAH SIRI 1/2010 DI KAMC YAN KEDAH 23-24 JULAI 2010
- Johan Qari Tilawah Pdrm Peringkat Kebangsaan PDRM 2010 - milik Kontinjen Kedah
- PROGRAM MARHABAN YA RAMADHAN- BERSAMA SYEIKH NURUDDIN AL-BANJARI AL-MAKKI