PROGRAM MARHABAN YA RAMADHAN- BERSAMA SYEIKH NURUDDIN AL-BANJARI AL-MAKKI


TEMPAT DAN MASA KULIAH DIADAKAN....

MASJID AL-BUKHORY> 1 OGOS 2010-8PM-10PM

MASJID SULTANAH> 2 OGOS 2010-8AM-12PM
MASJID GHUFRAN> 2 OGOS 2010-8PM-10PM

MASJID IRFAN, DERGA 3 OGOS 2010-8AM-12PM
MASJID AT-TAQWA PKNK 3 OGOS 2010-8PM-10PM

MASJID PUMPONG, 4OGOS 2010-8AM-12PM
MASJID PANTAI JOHOR 4OGOS 2010-8PM-10PM

MASJID AMAN> 5OGOS 2010-8AM-12PM
MASJID AR-RAHMAN 5OGOS 2010-8PM-10PM

Biodata Sheikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki

Al-Fadhil Syeikh Nuruddin Bin Hj Marbu Bin Abdullah Thayyib hafizhohulLah
berasal dari Banjar Masin Kalimantan Selatan Indonesia. Beliau
...dilahirkan di sebuah desa bernama Harus, Amuntai pada tanggal 1
September 1960M. Beliau anak yang ketiga dari tujuh bersaudara,
dari
sebuah keluarga yang taat beragama. Bonda beliau bernama Hajjah Rahmah
Binti Hj Muhammad Sobri adalah puteri dari seorang tokoh ulama besar di
Kalimantan Selatan.
ALAM PERSEKOLAHAN
Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung Harus. Kemudian
pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam. Belum
pun sempat menamatkan pembelajaranya di pondok tersebut beliau telah berhijrah
bersama ibu dan bapa serta saudara-saudaranya ke tanah suci Mekkah.
Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan pengajiannya di madrasah
Shaulathiah sehingga tahun 1982.

Antara guru-gurunya di madrasah
tersebut adalah al 'alaamah al jalil as sayyid 'Amos rahimahullah dan
Syeikh Abdullah Said al Lahji rahimahullah dan Syeikh Ismail Osman Zen
Al Yamani rahimahullah dan Syeikh Muhammad Iwadh al Yamani rahimahullah
dan Syeikh Abdul Karim al Bukhari dan lain-lain lagi. Di samping beliau
belajar secara formal beliau juga menyempatkan diri mengikuti majlis
pengajian ilmu secara non formal (umumi)di Masjidil Haram dan juga di
kediaman para masyaiekh (tok-tok guru).

Pada tahun 1982 beliau telah menamatkan pengajiannya dengan kepujian mumtaz (cemerlang) di
madrasah Shaulathiah tersebut. Di samping itu juga beliau turut
mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau telah
mengajarkan kitab Qatrunnada, Kitab Fathul Mu'in, Kitab 'Umdatussalik,
Kitab Badayatul Hidayah dan lain-lain sebelum naik ke kelas 'aliyah.
Pada tahun 1983 beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti
al-Azhar as- Syarif dalam bidang syariah hingga mendapat gelar sarjana
muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma'had 'Ali
Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am
"dirasat 'ulya" pada tahun 1990.

MURID KESAYANGAN GURU
Beliau merupakan murid kesayangan gurunya al-maghfurlah Syeikh Ismail Osman
Zen al Yamani yang banyak mewarnai dalam kehidupan beliau. Tuan guru
beliau ini banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk beliau dan
sering mengajaknya untuk menemani Tuan guru beliau ke'Madinah menghadiri
program agama dan juga menziarahi maqam baginda Rasulullah Shollallahu
alaihi wasallam.

Beliau mencurahkan segala usaha dan tenaganya
serta dirinya mendekati para masyayikh untuk berkhidmat dan juga
membekali diri dengan ilmu daripada guru-gurunya. Beliau amat gigih
dalam belajar, maka tidak hairanlah kalau beliau mendapat tempat di hati
para gurunya. Sebut sahaja ulama' yang ada di Makkah khususnya pasti
beliau pernah berguru dengan mereka.

Siapa yang tidak mengenali tokoh ulama' yang harum nama mereka disebut orang semisal Syeikh Al-Allamah Hasan Masshath yang digelar syeiku-ul-ulama' rahimahullah,
Syeikh Al-Allamah Mohd. Yasin Al-Fadani rahimahullah yang mendapat
julukan Syeikhul hadits wa musnidud dunya, Syeikh Ismail Usman Zen
rahimahullah yang digelar Alfaqih Ad-Darrakah (guru beliau ini menghafal
kitab Minhajut Tholibin), Syeikh Abd. Karim Banjar hafizohullah, Syeikh
Suhaili Al-Anfenani, As-Sayyed Mohd. Alwi Al-Maliki, Syeikh Said
Al-Bakistani dan masih banyak lagi, kata pepatah arab 'cakap sahaja
tanpa perlu khuatir'. Kitab-kitab yang dipelajari beliau bersambung
sanad hingga kepada pengarang, masya Allah betapa hebat dan beruntungnya
umur beliau dan segala-galanya yang diberikan oleh Allah, tidak salah
kalau dikatakan ilmu beliau lebih tua dari umurnya.

MENABUR JASA & MENYANDANG GELAR AZHARUS TSANI

Setelah menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar beliau menumpukan
perhatiannya untuk mencurahkan ilmunya kepada ribuan para pelajar yang
datang dari Asia termasuk Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand
yang menuntut di Universiti al Azhar sehingga beliau mendapat gelaran al
Azharus Tsani (Azhar ke dua) satu jolokan yang terhormat dan tulus dari
masyarakat universiti al Azhar sendiri.

Beliau mengadakan kelas pengajian yang diberi nama "Majlis Al-Banjari Littafaqquh Fiddin"
semenjak tahun 1987 hingga 1998 buat pertama kalinya di rumah pelajar
Johor dan rumah pelajar Pulau Pinang, di dewan rumah Kedah dan di dewan
rumah Kelantan dan juga di masjid Jamiek al Path di Madinah Nasr. Di
samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab agama berbahasa
Arab dalam pelbagai bidang yang banyak tersebar luas di Timur Tengah dan
juga di negara Malaysia.

Boleh dikatakan setiap para pelajar yang belajar di Al-Azhar Mesir semasa beliau berada di sana pernah
menimba ilmu dari tokoh ulama' muda ini. Dan memanglah semenjak dari
awal keterlibatannya dalam dunia ta'lim beliau telahpun menazarkan diri
beliau untuk terus menjadi khadim (orang yang berkhidmat) untuk penuntut
ilmu agama. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan dan ke'afiaatan
kepada beliau serta keluarganya dan memberikan kesempatan yang seluasnya
untuk beliau terus mencurahkan ilmu dan terus menghasilkan karya
ilmiah.

MENGHASILKAN KARYA ILMIAH
Beliau telah melibatkan diri dalam dunia penulisan semenjak tahun 1991. Beliau
telah menghasilkan karangan dan juga mentahqiq kitab-kitab mu'tabar
tidak kurang daripada 50 buah karangan kebanyakkannya dalam bahasa Arab.

MAJLIS PENGAJIAN BELIAU Dl TANAH AIR MALAYSIA
Pada tahun 1998 beliau telah diperlawa untuk mengajar di Maahad Tarbiah
Islamiah, Derang Kedah, yang diasaskan oleh ayahanda yang mulia Almarhum
Ustaz Niamat Bin Yusuff pada tahun 1980.Beliau tidak ubah umpama hujan
yang menyuburkan bumi yang lama kehausan siramannya. Beliau menetap di
MTI Derang semenjak tahun 1998 hinggalah 2002.Beliau merupakan tenaga
pengajar yang utama lagi disegani yang banyak memperuntukkan masa beliau
untuk para pelajar di Maahad 'Ali Littafaqquh Fiddin, Derang.

Di samping itu beliau juga dijemput mengadakan pengajian dan ceramah baik
bulanan atau mingguan bukan hanya di masjid-masjid, di sekolah-sekolah.
majlis-majlis perayaan agama malah suara beliau telah lantang bergema
menyampaikan syiar agama di hotel-hotel, di pejabat kerajaan sama ada di
negeri Kedah atau diluar negeri kedah seperti Pulau Pinang, Perak,
Kelantan dan Terangganu.

Setiap kali pengajian yang diadakan pasti akan bertambah jumlah hadirin yang tidak mahu ketinggalan menimba
ilmu dan menerima siraman rohani daripada beliau. Selepas 4 tahun
menabur bakti di bumi Kedah beliau telah pulang ke tempat asal
kelahirannya untuk menubuhkan presentren beliau sendiri dan dengan izin
Allah beliau telah berjaya menubuhkan Maahad Az Zein di Bogor Jawa
Barat.

KELEBIHAN BELIAU
Yang pertama dan utama adalah beliau selalu istiqamah dalam apa jua yang
dikerjakannya. Beliau mempunyai semangat yang luar biasa tinggi, tegas
dengan prinsip dan berdisiplin tinggi berwibawa.bersemangat ketika
menyampaikan ilmu. Diantara kelebihan beliau lagi walaupun banyak
kelebihan beliau yang lain iaitu beliau tidak pernah kelihatan letih
walaupun jauh dan lama masa mengajar, banyak tempat pengajian yang
beliau hadiri dan juga kelebihannya lagi pasti ada perkara baru yang
disampaikan oleh beliau dalam ceramahnya.

Adapun kehebatan beliau dalam menyampaikan ilmu mengaitkan masalah semasa dengan apa yang
disampaikannya sungguh amat luar biasa dan amat mengesankan sekali
kepada para hadirin. Itu merupakan fadhlun minallah pada hamba-hambanya
yang bertaqwa kepadanya.

IRSYADAT AL FADHIL
Jangan keliru dengan gelar PHD atau MA dan sebagainya. Penubuhan Al Maahadul
'All Littafaqquh Fiddin ini untuk mendapat redha Allah dan membawa misi
dan visi Nasratu Dinillah Taala dan adda *watu ilallah Menuntut ilmu
untuk menolong agama Allah, bukan untuk sijil, syahadah atau untuk dunia
serta pangkat. Terlalu murah kalau dengan ilmu hanya untuk mendapat
gaji lumayan. Kalau belajar hanya untuk duit akan terhenti dengan duit,
dapat duit tinggal ilmu.

Tanggungjawab kita lah terhadap ilmu di tanahair khususnya dan seluruh dunia umumya. Siapkan diri untuk berkorban demi ilmu, agama. Ilmu untuk agama dan akhirat. Bekerjalah
untuk Islam, jangan biarkan musuh Islam mengukut tanah umat Islam
dikeranakan ulama kita tidur sedang kita asyik bertengkar sesama
sendiri. Jadilah 'abidan lillah (hamba kepada Allah jangan 'abidan HI
makhluk (hamba kepada makhluk). Menuntut ilmu harus ikhlas baru
beberkat. Berakhlaklah dengan guru yang kita mengaji dengannya. Mohon
restu guru, dekati dan dampingi mereka merupakan kunci dan rahsia
keberhasilan. Hormatilah kitab-kitab, susun dengan baik dan terhormat,
jangan letak sesuatu di atas kitab, membawa kitab jangan seperti
menenteng ikan sahaja, dakapkan ke dada.

Akhlak juga harus besar sebagaimana besarnya kitab-kitab yang kita pelajari dan beramallah,
jangan sampai belajar di kelas Tafaqquh tapi tak berminat untuk beramal.
Saya bukan seperti kebanyakan guru silat yang menyimpan langkah-langkah
atau jurus-jurus maut yang mematikan dari diketahui murid-murid.

(Petikan ucapan sulung al-Fadhil Syeikh Nuruddin hari pertama pengajian di kelas
al-Ma 'hadul *Ali Lit Tafaqquh Fiddin Derang, Kedah pada hari Isnin 9
Ramadhan 1419 Hbersamaan 28 Disember 1998 M.)