IPD Yan-Sambutan Maulidul Rasul


Sempena bulan Rabiulawwal yang merupakan bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, BAKA dengan kerjasama pihak pengurusan IPD Yan telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430H yang berlangsung pada 14 Rabiulawwal 1430H bersamaan 11 Mac 2009M. Majlis yang diadakan di perkarangan pejabat pengangkutan itu dihadiri oleh para pegawai, anggota dan kakitangan awam IPD Yan.

Majlis yang dipengerusikan oleh Sarjan Abdul Hamid dari Cawangan Gerakan dimulakan dengan bacaan doa yang telah disampaikan oleh Ustaz Nasrul (Pem. Hal Ehwal Islam IPD Yan).

Majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang telah diperdengarkan oleh Konst Mohd Shaharuddin bin Ahmad Salleh dari Balai Guar Cempedak. Beliau merupakan qari yang mewakili IPD Yan bagi ujian saringan Tilawah Al-Quran yang telah diadakan di IPK baru-baru ini.

Majlis diteruskan lagi dengan selawat beramai-ramai yang diketuai oleh Ustaz Haji Abdul Mutalib bin Haji Bashah yang juga merupakan penceramah jemputan sempena dengan majlis sambutan Maulidur Rasul kali ini. Beliau merupakan Pegawai Penyelaras Masjid/Surau dari Pejabat Agama Daerah Yan.

Dalam ceramahnya, sempena memperingati hari kelahiran Rasulullah S.A.W beliau menyeru supaya kita sama-sama menyemai rasa cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W dan mencontohi sifat-sifat dan keperibadian baginda dalam usaha kita untuk menyebarkan syiar Islam.

Sebelum bersurai, pengerusi majlis menjemput para pegawai, anggota, penceramah jemputan dan semua hadirin menikmati hidangan yang telah disediakan.



SENARAI PESERTA AKHIR TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KONTINJEN KEDAH

BAHAGIAN QARI :-


1) Abdul Halim bin Abdul – IPD Padang Terap
2) Zakaria bin Mat – IPD Kubang Pasu
3) Mohd Asri bin Abd Aziz – IPD Sik
4) Salleh bin Ramli – IPD Kubang Pasu


BAHAGIAN QARIAH :-

1) Maznah binti Hashim – IPD Kota Setar
2) Nur Aini binti Abd Rahman – IPD Kota Setar
3) Masidawati binti Mat Akhir – IPK Kedah
4) Nur Aini binti Mat Saman – IPD Padang Terap

Laporan Oleh PHEI S17 Ustaz Nasrul B. Abu Seman
(IPD Yan)